Sunday~05/08/2012
11.31 p.m
ya Allah, akhirnya aku cuba utk menulis entry ni malam ni setelah sekian lama aku tak bukak. Di saat aku menulis entry inii dah tak terkata berapa air mata yg telah aku mengalirkan. Dan ketika aku menulisnya jugak, aku sedang menitiskan air mata. Aku hanya insan kerdil yg lemah, ya Allah. Berikan lah aku kekuatan & ketabahan utk menghadapi ujianMU ini, ya Allah. Aku sangat merindukan arwah ibuku, ya Allah. Dia lah kekuatan ku sebelum ini, dia lah yg sentiasa ada bersamaku ketika aku jatuh bangkitku, dia lah yg mampu menenangkan ku ketika aku mempunyai masalah dan dia jugalah tempat utk mengadu susah senangku, ya Allah. Tapi selepas ibu pergi meninggalkan aku, aku perlu menjalaninya sendiri, aku harus berdikari utk mencari kekuatan itu sendiri. Namun, aku belum mampu utk melakukannya sendiri sekarang walaupun wajahku menunjukkan kegembiraan, senyuman, aku rasa itu bukan kejujuran yg sebenar yg aku tunjukkan. Aku belum cukup kuat ya Allah :'(
Dan aku rasa sedih sangat bila aku tak dapat lagi utk mengucapkan ayat "Selamat hari jadi, ibu" , lalu aku menciumnya, aku memeluknya. Kini, aku hanya mampu sedekahkan al-fatihah dan mendoakan kesejahteraannya di alam sana. InsyaAllah, ibu :'( sesungguhnya, tiada org yg boleh menggantikan tempatmu ibu. Ibu sangat beerti buat wawa. Wawa tahu ibu lebih tenang di sana. Wawa rindukan segala-galanya tentang ibu :'( wawa sayanggggg ibu sangat-sangat ! :'( wawa dengan adik-adik sentiasa rindukan ibu dgn abang. Semoga rohmu tenang di alam sana. Al-fatihah :"(
Ahad, 5 Ogos 2012
Kepahitan yg paling pahit -,-
Langgan:
Ulasan (Atom)